Tuesday, October 12, 2010

KAYUHAN SELEPAS RAYA KPG RAHMAT

TARIKH : 09 OKT. 2010
MASA : 8.30 PG - 12.30 TGH HARI
MULA / TAMAT : TAMAN MANIS 1, PARIT RAJA
JARAK : +/- 53 km
CALORIE BURN : +/- 3000 Cal.
Setelah sekian lama aktiviti kayuhan terhenti 2 bulan (ramaddan & syawal) maka pada 1 zulkaedah, seramai 13 soldadu VECT sahut cabaran... kononnya preparation untuk Burung Hantu nightride pada penghujung bulan ini... bukan untuk nombor satu, agar tiada sebarang injure semasa jamboree... macam biasa sebelum memuluakan kayuhan stretching geli-geli dari Cikgu Daud... biar lemak ketupat rendang meregang...
 
 
Dari pekan Pt Raja terus offroad estate semberong menuju ke Sri Gading... dalam pertengahan jalan setelah 8km,di pintu air Sg Senggarang (Pt Karjo). Perjalanan kami dihalang oleh seekor lembu ... apalagi aku la yang mula cabut dulu... apa nak tunggu... tak pasal-pasal kang kena tanduk... lepas tu yang lain pun pertempiaran lah... selamatkan diri...
 
 

Sesampai aje kat pekan Sri Gading, kita orang stay sekejap... beri laluan kepada yang nak beli air, roti dan sebagainya... buat bekalan... Kayuahan diteruskan lagi ke Estate Asiatic menuju ke Kpg Rahmat, disini cabaran pun bermula... offroad yang berbukit...
 
 
 

Mungkin dengan pengalaman yang ada... segala rintangan dapat diatasi... serta trek ini juga adalah kali kedua bagi setengah ahli, jadi tiada masalah... yang krem pun ada sebab lama tak trainning... sampai di separuh perjalanan, FD basikal salah seorang members krem... stop betulkan dulu... tu la lama sangat tak kayuh...
 
 
 
 
Dalam perjalanan balik kami singgah dulu menikmati cendul sagu rumbia, nak dijadikan cerita...masa kami tengah order cendul, datang seorang pakcik (sambil mengira jarinya), rupanya dia kira ahli team kami... walhal kami tak kenal pun wak tu... tut tut dia terus banting RM 12.00 nak belanja kami katanya... agak aku
la, wak tu baru lepas amik duit sawit kot... alhamdullilah... lepas banting RM12.00, wak tu ambil balik duit dia... terus bla macam tu aje... pergh panas panas... kami dipermainkan rupanya... kah kah kah.... Cikgu Daud punya angin... nak kena backhand jugak wak ni... sabar wuud sabar... macam-macam hal la...
Walau bagaimana pun cendul sagu rumbia kami ditaja oleh seorang brother yang tidak dikenali... mungkin dia kesian tengok kami dipermainkan oleh orang tua tu... TERIMA KASIH BRO...

So... kayuhan kali ini enjoy... yang penting di dalam misi kayuhan VECT... AKRAB... dan diselangi gurau senda serta gelak ketawa... tiada perkara buruk berlaku.... AMIN.


by : moderator/..

Friday, October 8, 2010

KAYUHAN PECAH LEMAK RAYA

TARIKH : 09 OKTOBER 2010
MASA : 7.45 PAGI
TEMPAT BERMULA : TAMAN MANIS 1, PARIT RAJA









Kayuhan pecah lemak ini adalah kayuhan pertama selepas hari raya, lama sangat rasanya tak berkayuh... Mula dari Taman Manis melalui Estate Semberong menuju ke Pekan Sri Gading. Dari Sri Gading merentasi Estate Asiatic (off road) menuju ke Kpg Rahmat. Seterusnya menuju ke Pt. Karjo singgah sebentar menikmati candul madu dan balik semua ke Pt. Raja.

by: moderator/...