Friday, June 4, 2010

Happy To Ride - IPOH JAMBOREE 2010

Tarikh Bertolak : 29 Mei 2010
Tarikh Jamboree : 30 Mei 2010

Ahli Bertugas :
1) Bro Zin - TranceX3/Driver Unser 1.8 GL
2) Zam – Cube/Cameraman
3) Ckgu Ramli – GT/Pemecut
4) Ckgu Daud – T-Bolt/pemecut
5) Ameer – Polygon/Pemecut
6) Adee – Driver Vios 1.5 /Superman
7) Haidi – Coordinator/Batman
Jumlah Basikal : 5

Sessi Bertolak :
Sessi persediaan bertolak bermula pada pukul 8.00pagi dengan masing-masing pening nak masukkan 3 orang dan 5 beskal dalam satu Unser. Nak tak nak Bro Zin terpaksa terima Unser yang masih berhutang dengan bank ini diisi dengan muatan seperti yang dijanjikan... ( macamana la masa balik nanti dengan lumpur semua beskal masuk unser aku)


Travell Time :
Perjalanan bermula pada pukul 9 pagi dengan kelajuan kebangsaan 110km/j dilebuhraya membuat penumpang rasa selamat den tido dengan nyenyaknya dilayan dengan lagu-lagu zaman tumbersan kami....XPDC REUNION, SPIDER, EAGLE... Slow and steady Bro Zin drive...agak-agak pukul 5 sampai pun ok....

Di sepanjang jalan Batu Pahat ke Kuala Lumpur kami tak nampak sebijik pun beskal yang menunggang kereta atau seumpamanya sehinggalah kami sampai di R&R Rawang untuk makan tghari dan aktiviti wajib yang lain….. Sah…geng Johor memang kami jea kot yang join ( Dalam List mcm ade geng Muar)

Vios Ckgu daud telah meluncur dulu sebab nak singgah ke KL cari barang Moto katanya...



Kami sampai Di Ipoh dalam kurang lebih jam 5.30 petang dengan terus mendaftar untuk dapatkan Barter RM50 kami di kaunter……laa….dapat no plat je rupanya….T-Shirt amik esok sebab nak pastikan semua turun kayuh kata ususetia…Gitu Pulak…layan je le…

Hujan la pulak masa nie…….Esok track basah pasti…jangan Jerlus sudah….maklumlah Perak….

Terus kami check in di Tambun Inn yang agak mengerikan untuk dijadikan tempat kami berehat malamnya... namun...harapan nak makan Nasi Ganja yang popular di sini tidak kesampaian sebab dah malam sangat....



Kayuh Time:
Beskal yang sejuk dalam Unser yang dah 24 jam kami sediakan dengan kelam kabut sebab dijadualkan kayuhan bermula pada pukul 7.30 pagi...



Kayuh start jam 7.45am....dengan ilmu kayuhan Jamboree ke-2 kami ....Jasin adalah segala-galanya menjadi bench mark kami selain bukit banang dan bukit machap yang dah tak mantap macam tak boleh dibanggakan lagi..

Kayuh on the road 2 minit dah....bottle neck start....mak ooi....orang tolak beskal jaauuhnya...atas gunung tu haa....layannn..1.5km ade laa...



Tanpa letakkan harapan yang tinggi kami layan jea laa.....tolak....kayuh....tolak....kayuh...macam biasa




Selepas check point 2....terjumpalah dengan Ckgu Ramli dan Ckgu Daud tengah tolak beskal panjat bukit..laa...apasal baru sampai sini, aku tanya... rupanya malang tak berbau..Ckgu ramli jatuh beskal daa...kena langgar la pulak belakang badan dia...so, 2 tiga orang telah terlibat... Ameer dah diarahkan terus kayuh oleh ayahnya ( Ckgu daud) sebab Ckgu daud sakit kepala sejak jatuh bolesepak belum betul-betul sembuh ( otak tak bole over goncang daa) tak bole serap hentakan kat kpala...tapi gila nak kayuh jugak........Mboh la Wudd....Karepmu lahh....

So, aku and ckgu Daud kayuh sekali.....ckgu ramli kayuh slow sebab lutut dan bahunya dah tak normal.....Mu dua gee dulu ehh....katanya...

Dengan kayuhan santai dam minimum rehat..... kami sampa juga laa di garisan penamat dengan kedudukan tersasar dari target...kah kah kah.......tapi masih dalam 10% dari jumlah pengayuh-pengayuh yang agak ganas di sana...

Makan Time Dan Cabutan Bertuah:
Time makan ...memang ok….masing-masing pelahap…Nasi ayam, Fish Ball Soup and Cendol Soya…..lapo beb…




Masa cabutan bertuah……tunggu separuh jea…..masing-masing dah kenyang dan Nguaantukkkkk…Kuesseelllll…...So suma balik Hotel sebelum cabutan bertuah selesai…Kira Burn je laa..Ko tengok Ckgu daud tu pun dah paham daa….

Dalam pukul 5.30 petang setelah suma mandi dan cuba-cuba tipu mata denngan tido….kami pun baliklah ke Parit Raja….Sampai dalam pukul 2.00 pagi dan bersambung cuti dengan MC dan segalanya asalkan legal tak payah datang kerja hari Isnin.

Komen Jamboree Ipoh :
Track Best….makan Best…..Tempat tido ok…..Kenderaan Best…..Distance dari Pt Raja...jauh…..yang tak best….aku jadi cameraman…bila dah penat …malas amik gambar…

T.Q….

Pautan gambar aktiviti : HTR - Ipoh Jamboree 2010 disini

Thursday, June 3, 2010

TBK INDO ride 2010



DAYUNG SEPEDA - Tanjung Balai, Karimun, Indonesia
Wakil dari V'Explorer Cycling Team telah mengikut rombongan kayuhan bersama Karimun Cycling Club(KCC), Tanjung Balai, Indonesia. Kayuhan ini dianjurkan oleh Batu Pahat Kelab dengan kerjasama Customs Cycling Club(CCC), Tanjung Balai pada 28 sehingga 30 Mei 2010.



Kami tiba di Pelabuhan Tanjung Balai, Indonesia pada jam 11.30 am waktu Indonesia (WI) disambut mesra oleh kakitangan kastam disana dan terus ke Hotel Himalaya lebih kurang 500m dari pelabuhan.



Jam 5.00 pm (WI) kami diajak memanaskan badan dan berkenalan dengan rakan-rakan basikal disana sambil mengelilingi sekitar pekan Tanjung Balai dan kawasan perkampungan lebih kurang 27 km.



Seorang ahli dari Batu Pahat Kelab telah terjatuh lalui di hantar ke RSUD (Rumah Sakit Umum Daerah) di Unit Gawat Darurat (Wad Kecemasan) menerima jahitan di dagu.



Pada jam 8.30 pm (WI) kami dijamu makan malam bersama pegawai tertinggi kastam/imigresen, Tanjung Balai di Holiday Hotel.



29 Mei 2010 jam 6.30 am (WI) kami berkumpul di hadapan hotel dan memulakan kayuhan yang di ketuai oleh Bupati Daerah Karimun (Bapak Rafiq berbaju merah seluar putih) merentasi kampung pendalaman, kebun dan pekan (cross country) menuju ke sebuah pantai peranginan yang ada disana serta kami dijamu sedikit jamuan ringan.



Semasa ekspedisi itu, kami dibawa melawati Kantor Pemerintah Daerah Karimun (macam Putrajaya).



Dalam perjalanan balik, kami sekali lagi dijamu makan tengahari di rumah Bapak Rafiq dan terus mengakhiri kayuhan di hadapan hotel sejauh 47 km lebih kurang jam 1.00 pm (WI).Di sebelah petang, kami meronda(kayuh) di tepi pantai.



Kami dari V'Explorer Cycling Team sungguh berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada CCC Tanjung Balai terutama Bapak Roslan, Pak Bambang, Pak Salim dan lain-lain menerima kunjungan kami serta Batu Pahat Kelab (Cikgu Khaled, En. Maslani dan lain-lain) kerana mempelawa kami menyertai TBK INDO ride 2010.

Pautan gambar aktiviti : TBK INDO ride 2010 disini (minta maaf gambar tak cantik, guna kamera handpone)