Thursday, May 27, 2010

BUMI HIJAU - strike back


TARIKH : 22 MEI 2010
Trek BUMI HIJAU didatangi seramai 13 orang ahli V'EXPLORER kali ke-2 bagi menilai kemampuan diri sendiri. Bagi yang pertama kali datang ke sini, mereka akan teruja dan seperti biasa sebelum memulakan kayuhan, 'stretching' akan diketuai oleh Cikgu Ramli dan diiringi dengan doa oleh Hj. Mat Zin.

penggemar sukan MTB

kalau orang rumah suruh bersihkan keliling rumah....liat, bukit bersemak sanggup diredah.....hehehe

Kayuhan terhenti selama 45 minit kerana dua orang ahli terjatuh ketika menuruni bukit. Salah seorang daripadanya mengalami patah tulang bahu setelah pemeriksaan dibuat di Hospital Batu Pahat. Kepada Cikgu Zainal, jangan serik... jatuh tu adalah mainan MTB

Dalam perjalanan balik, kami singgah membasahkan tekak pekena 'CENDOL SAGU RUMBIA'.

Ni yang bestnya dah tak perlu basuh basikal lagi... hujan



Pautan gambar aktiviti : BUMI HIJAU - strike back disini

Wednesday, May 19, 2010

BUMI HIJAU - kayuhan bersama CBP


TARIKH : 16 MEI 2010
CYCLE BATU PAHAT GROUPS selaku tuan rumah telah membawa kami seramai 18 orang ahli V'EXPLORER merentas trek BUMI HIJAU. Trek ini yang melalui kawasan perumahan, kebun sayur dan kebun kelapa sawit serta permukaan berbukit banyak mencabar fizikal, mental dan teknik kayuhan.

penggemar sukan lasak MTB


Kayuhan sejauh 12km dalam masa 55 minit kayuhan mengakhiri akitiviti hujung minggu. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada CBP kerana sudi membawa kami ke trek BUMI HIJAU terutama saudara Saiful aka Mr Genki dan saudara sweeper (3 orang) yang banyak memberi tunjukajar dalam teknik kayuhan.

Pautan gambar : BUMI HIJAU 1 / BUMI HIJAU 2 (koleksi CBP)

Tuesday, May 11, 2010

V' EXPLORER DI JAMBOREE JASIN 02-05-10

V' EXPLORER BERJAMBOREE DI JASIN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
JARAK: 50KM
TARIKH: 02HB MAY 2010
WAKIL SERAMAI 27 ORG HULUBALANG BERTARUNG

Assalamualaikum,, semua ahli V'Explorer Cyling Team dan semua pembaca setia blog kami. Saya ingin memberi sedikit laporan aktiviti terbaru kami di jamboree Jasin Melaka.
Kami berkumpul sekitar 2.30ptg utk menyusun basikal ke dlm lori. Bro Edy (Pemandu lori) dan bro Haidi di beri tanggungjawab tentang pengangkutan basikal ke Jasin. Kami bergerak ke Jasin skitar jam 3.30ptg dengan lima buah kenderaan yg dikongsi ramai2. Tiba saja di Jasin iaitu tempat penginapan di AMS Homestay, kami terus ke stadium Jasin sekitar jam 6.30pm utk mengambil goodies serta jersey jamboree.

Setelah selesai urusan pendaftaran & pengambilan goodies, kami terus mencari tempat utk mengisi perut kami yg keroncong. Setelah itu kami terus balik ke Homestay utk merehatkan badan yg letih kerana perjalanan yg tak berapa jauh dr Parit Raja, Batu Pahat.




Pagi di perkarangan stadium Jasin sebelum jamboree bermula............kami bergambar serta melakukan persiapan terakhir sebelum berjuang.......


Seramai 800++ raiders seluruh Malaysia berlepas kira-kira 8.00am.Macam2 gelagat para peserta ada yg laju & ada yg kayuh santai je....ikut naluri masing2. Tiba saja di laluan offroad gelagat group hadapan yg merempit ikut perasaan hingga tidak nampak longgokkan kertas belok ke kiri terus hingga ke hadapan( jalan mati) he..he...ketika ini keadaan kelam kelabut, tegang mencari jalan yg betul. Peserta terpaksa berpatah balik ke belakang.....



Laluan jamboree ini boleh di katakan mersa alam kerana ada laluan peserta terpaksa menolak basikal sendiri.


Sempat berposing menikmati keindahan alam.....







Setinggi-tinggi tahniah kepada hulubalang2 V'Explorer yg berjaya menamatkan Jamboree Jasin sejauh 50km dengan ranking masing2. Terpacar kepuasan yg tak terhingga setelah menempuh berbagai rintangan, halangan laluan bukit, downhill dgn sebagainya. Tahniah kepada Bro Ramli yg cemerlang menduduki ranking ke 98 drp 800++ peserta. tahniah juga kepada rakan2 yg lain spt bro Daud, Zamri, Kasim, Rosli, Irwan, Zainal, Yaman, Ijam, Anuar, Hj Zain, Khairul, Yazid, Rozanizam, Rizal, Fadlullah, Iskandar, Izudinshah, Azman, Faizal, Rosli Salikin, Hasyamuddin, serta saya Saiffful dengan ranking masing2. Kejayaan ini adalah kejayaan semua, di harap kita akan berjomboree lagi. Tahniah semua.....