Tuesday, May 11, 2010

V' EXPLORER DI JAMBOREE JASIN 02-05-10

V' EXPLORER BERJAMBOREE DI JASIN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
JARAK: 50KM
TARIKH: 02HB MAY 2010
WAKIL SERAMAI 27 ORG HULUBALANG BERTARUNG

Assalamualaikum,, semua ahli V'Explorer Cyling Team dan semua pembaca setia blog kami. Saya ingin memberi sedikit laporan aktiviti terbaru kami di jamboree Jasin Melaka.
Kami berkumpul sekitar 2.30ptg utk menyusun basikal ke dlm lori. Bro Edy (Pemandu lori) dan bro Haidi di beri tanggungjawab tentang pengangkutan basikal ke Jasin. Kami bergerak ke Jasin skitar jam 3.30ptg dengan lima buah kenderaan yg dikongsi ramai2. Tiba saja di Jasin iaitu tempat penginapan di AMS Homestay, kami terus ke stadium Jasin sekitar jam 6.30pm utk mengambil goodies serta jersey jamboree.

Setelah selesai urusan pendaftaran & pengambilan goodies, kami terus mencari tempat utk mengisi perut kami yg keroncong. Setelah itu kami terus balik ke Homestay utk merehatkan badan yg letih kerana perjalanan yg tak berapa jauh dr Parit Raja, Batu Pahat.




Pagi di perkarangan stadium Jasin sebelum jamboree bermula............kami bergambar serta melakukan persiapan terakhir sebelum berjuang.......


Seramai 800++ raiders seluruh Malaysia berlepas kira-kira 8.00am.Macam2 gelagat para peserta ada yg laju & ada yg kayuh santai je....ikut naluri masing2. Tiba saja di laluan offroad gelagat group hadapan yg merempit ikut perasaan hingga tidak nampak longgokkan kertas belok ke kiri terus hingga ke hadapan( jalan mati) he..he...ketika ini keadaan kelam kelabut, tegang mencari jalan yg betul. Peserta terpaksa berpatah balik ke belakang.....



Laluan jamboree ini boleh di katakan mersa alam kerana ada laluan peserta terpaksa menolak basikal sendiri.


Sempat berposing menikmati keindahan alam.....







Setinggi-tinggi tahniah kepada hulubalang2 V'Explorer yg berjaya menamatkan Jamboree Jasin sejauh 50km dengan ranking masing2. Terpacar kepuasan yg tak terhingga setelah menempuh berbagai rintangan, halangan laluan bukit, downhill dgn sebagainya. Tahniah kepada Bro Ramli yg cemerlang menduduki ranking ke 98 drp 800++ peserta. tahniah juga kepada rakan2 yg lain spt bro Daud, Zamri, Kasim, Rosli, Irwan, Zainal, Yaman, Ijam, Anuar, Hj Zain, Khairul, Yazid, Rozanizam, Rizal, Fadlullah, Iskandar, Izudinshah, Azman, Faizal, Rosli Salikin, Hasyamuddin, serta saya Saiffful dengan ranking masing2. Kejayaan ini adalah kejayaan semua, di harap kita akan berjomboree lagi. Tahniah semua.....









1 comment:

  1. http://www.facebook.com/group.php?gid=112993195403880&ref=ts#!/group.php?gid=112993195403880&ref=ts

    ReplyDelete