Sunday, December 19, 2010

MALAM PESTA MUDA MUDI

MODE : MAKAN SAMPAI KENYANG ( BOLEH TAPAU BAWAK BALIK LAGI )

18 Disember 2010

Persiapan .. saje nak interframe ni .. rajin rajin ..
Seperti yang diwar-warkan melalui FB, blog, SMS dan dari pesanan lisan, maka terlaksanalah impian semua anggota VECT untuk makan-makan, santai sambil citer citer pasal jamboree. Bertempat di Taman Impian semua anggota VECT mahupun sapa saja yang tak terlibat dalam basikal pun join bar be que tersebut. Meriah memang meriah apatah lagi malam tu ada bola Malaysia lawan Vietnam .. macam dulu piala dunia pulak aku terpaksa pasang skrin besar supaya semua dapat tengok bola.

Chicken .. but not chicken run beb ..
Sehari sebelum, kita orang meeting kat warung usin semata-mata nak tentukan menu .. daripada 5 ekor ayam, kepada 7 ekor ayam ... last-last 9 ekor ayam .. tu pun masih kata tak cukup .. ( sebenarnya tak tahu budget .. sebab semua bukan tukang masak ) ..  pagi tu zamri, daud ngan haidi pegi rengit untuk beli ikan, udang dan sebagainya ..  ada je benda tak cukup .. nasib baik laa duduk parit raja .. senang je nak dapatkan bekalan .. tengahari dah settel perap ayam dan daging dalam peti sejuk.

Bacaan doa oleh Haji Zin...
Dr iwan marah kalau gambar dia tak de ...
Petang dan start buat api ... ramailaa geng VECT datang tolong .... pasang lampu, bakar ayam, sediakan tempat, dan macam macam benda nak kena buat semata-mata nak menjayakan majlis tersebut... lepas magrib je kita orang dah start bakar ayam, udang dan daging ... nampaknya semua puas hati .. dengan donation sepuluh ringgit saje boleh makan puas-puas .. kalahlaa kat RAWA tu ..  sambil tengok bola kita orang makan dengan dimukakan dengan bacaan doa daripada Haji Zin .. ( padahal sebelum tu dah kenyang dah ... ) sambil makan sambil borak borak .. 

Ramai gak yang datang .. alhamdulillah .. makan cukup.. yang datang ngan famili pun ada .. terima kasih gak pada Fauzan yang sanggup datang daripada Kulai ... setelah penat borak .. makanan pun ada lagi .. kita orang tapau sorang sikit .. pukul satu malam .. kemas dan balik .. tido ..

Antara yang turut hadir ..
Aktiviti terakhir apalagi kalau bukan kemas ....
Terima kasih pada semua yang hadir dan memberi sokongan, bantuan dalam menjayakan majlis tersebut .. semoga dengan apa yang kita buat dapat merapatkan lagi hubungan sesama kita .. mana yang terkurang tu .. mintak maaflah ... dan segala cadangan sangat dialu-alukan .. majulah basikal untuk VECT ..


Report by ...

.../.. gaint19 ..



 ( untuk melihat gambar yang lain boleh tengok FB ... sekian terima kasih .. jumpa lagi untuk gathering tahun hadapan ...)

No comments:

Post a Comment