Thursday, June 3, 2010

TBK INDO ride 2010



DAYUNG SEPEDA - Tanjung Balai, Karimun, Indonesia
Wakil dari V'Explorer Cycling Team telah mengikut rombongan kayuhan bersama Karimun Cycling Club(KCC), Tanjung Balai, Indonesia. Kayuhan ini dianjurkan oleh Batu Pahat Kelab dengan kerjasama Customs Cycling Club(CCC), Tanjung Balai pada 28 sehingga 30 Mei 2010.



Kami tiba di Pelabuhan Tanjung Balai, Indonesia pada jam 11.30 am waktu Indonesia (WI) disambut mesra oleh kakitangan kastam disana dan terus ke Hotel Himalaya lebih kurang 500m dari pelabuhan.



Jam 5.00 pm (WI) kami diajak memanaskan badan dan berkenalan dengan rakan-rakan basikal disana sambil mengelilingi sekitar pekan Tanjung Balai dan kawasan perkampungan lebih kurang 27 km.



Seorang ahli dari Batu Pahat Kelab telah terjatuh lalui di hantar ke RSUD (Rumah Sakit Umum Daerah) di Unit Gawat Darurat (Wad Kecemasan) menerima jahitan di dagu.



Pada jam 8.30 pm (WI) kami dijamu makan malam bersama pegawai tertinggi kastam/imigresen, Tanjung Balai di Holiday Hotel.



29 Mei 2010 jam 6.30 am (WI) kami berkumpul di hadapan hotel dan memulakan kayuhan yang di ketuai oleh Bupati Daerah Karimun (Bapak Rafiq berbaju merah seluar putih) merentasi kampung pendalaman, kebun dan pekan (cross country) menuju ke sebuah pantai peranginan yang ada disana serta kami dijamu sedikit jamuan ringan.



Semasa ekspedisi itu, kami dibawa melawati Kantor Pemerintah Daerah Karimun (macam Putrajaya).



Dalam perjalanan balik, kami sekali lagi dijamu makan tengahari di rumah Bapak Rafiq dan terus mengakhiri kayuhan di hadapan hotel sejauh 47 km lebih kurang jam 1.00 pm (WI).Di sebelah petang, kami meronda(kayuh) di tepi pantai.



Kami dari V'Explorer Cycling Team sungguh berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada CCC Tanjung Balai terutama Bapak Roslan, Pak Bambang, Pak Salim dan lain-lain menerima kunjungan kami serta Batu Pahat Kelab (Cikgu Khaled, En. Maslani dan lain-lain) kerana mempelawa kami menyertai TBK INDO ride 2010.

Pautan gambar aktiviti : TBK INDO ride 2010 disini (minta maaf gambar tak cantik, guna kamera handpone)

No comments:

Post a Comment