Wednesday, June 9, 2010

Tentatif Program EKSPEDISI BERBASIKAL GUNUNG BELUMUT 2010

"1 Kayuhan 1 Pendakian 1 Malaysia GUNUNG BELUMUT DESTINASI PILIHAN"
TARIKH : 19 JUN 2010 (SABTU)
ANJURAN BERSAMA :  Kelab Berbasikal BTec, Persatuan Belia (MBFM), Felda Pengeli Timur dan Pejabat Belia dan Sukan Johor Bahru.

OBJEKTIF:
Merapatkan lagi hubungan siratulrahim yang sedia ada di kalangan komuniti, peminat-peminat berbasikal, ibu bapa dan masyarakat.

Mengujudkan rangkaian di antara Kelab-kelab Berbasikal Felda Pengeli Timur, Bandar Tenggara BTec, Kluang, T6, Parit Raja, Indahpura Kulaijaya, Felda Tebrau, Pasir Gudang dan lain-lain.

Mengujudkan budaya sihat melalui program berbasikal.


Ekspedisi Berbasikal Gunung Belumut 2010, laluan tarmac yang berbukit dan merentasi beberapa penempatan penduduk felda. Mula dan tamat di Dataran T6, Kluang, jarak kayuhan sejauh lebih kurang 70 km.

TENTATIF PROGRAM:
9.00 am - Dataran T6, Kluang.
9.15 am - Bacaan doa,taklimat dan sesi bergambar
9.30 am - Ekspedisi kayuhan bermula
12.30am - Di jangka sampai Gunung Belumut
1.00 pm - Jamuan tengahari, persiapan diri solat berjemaah
2.30 pm - Bergerak balik
4.30 pm - Di jangka sampai Dataran T6 dan majlis penutup
5.00 pm - Bersurai

Berikut adalah senarai 29 riders V'EXPLORER yang akan menyertai ekspedisi ini dan urusetia telah menutup pemohonan penyertaan ekspedisi ini.


Setiap peserta akan diberi goodies, jamuan makan tengahari, T-shirts dan sijil penyertaan oleh pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment