Tuesday, August 24, 2010

SERI MENDAPAT - NITE RIDE EPISOD 2

Salam sejahtera...,

Malam sabtu 20 Ogos lepas.... soldadu orange VECT telah melaksanakan misi ke-dua untuk berkayuh sejauh 40km telah berhasil. Laluan Seri Mendapat ini tidak jauh bezanya dengan track minggu sebelumnya cuma pada kilometer 13 hingga kilometer 16, kami dihidangkan beberapa anak bukit yang ketinggiannya lebih kurang 35 meter dari paras laut... Lagi pun ramai di kalangan rides sudah mempunyai pengalaman berkayuh pada waktu malam.
Apabila berkayuh di dalam keadaan gelap (daya pengelihatan terhad) fizikal dan mental bersedia menghadapi rintangan, sebagai contoh terdapat team member yang selama ini menolak di bukit-bukit kilometer 13 - 16 itu.... tapi apabila kayuh pada waktu malam.... dapat pulak kayuh sampai puncak... tak perasaan ada bukit... katanya.
Kayuhan bermula 10.45pm dan berakhir pada 12.45pm di Restoran Husin dengan seramai 18 orang. Tahniah kepada soldadu orange yang hadir pada malam tersebut....
Pada minggu hadapan, sekiranya cuaca baik dan tiada aral yang melintang, kami bercadang untuk misi ke-tiga... kali ini jam 10.30pm... bermula misi mencari 'gear-box' di Pekan Parit Betak, Pontian. Jarak anggaran pergi dan balik ialah 56km, dengan mukabumi yang rata serta berlaluan tarmac. 
Mudah-mudah mendapat sambutan dari ahli team untuk merealisasikan misi ini.


by : scored/....

Friday, August 20, 2010

UJILARI BIKE TOUCH - 1st NITE RIDE

Kayuhan petang kini diambil alih dengan sibuk ke baazar ramadan untuk membeli judahan berbuka puasa... jadi di bulan puasa yang mulia ini kami bercadang untuk berkayuh pada waktu malam hujung minggu, semua rider sokong la pulak... nak taknak kena recce track la... Track yang kami pilih adalah jalan pintas dari satu kampung ke kampung lain dengan erti kata lain 'shortcut'... jadi jalannya tidak mempunyai kemudahan lampu kalau ada pun... 2-3km satu... tu pun hanya di persimpangan jalan aje... sibuk la masing-masing pergi beli lampu depan belakang, kalau tak... takleh kayuh... gelap sesangat.... Safety first. Lain kalau nite ride di bandar... lampu jalan terang benderang... kan. Kawan-kawan alang-alang beli... cari yang baik sikit.. standby untuk ECC Nite Jamboree bulan sepuluh ni nanti... betul tak...
Jumaat 13 Ogos 2010 jam 10.30 malam seperti yang dijanjikan, 'ready for action'...... lampu beskal nak kena test jugak... terang ke tidak... selepas habis tarawih, kami pulang ke rumah dulu la... untuk bersiap-siap dan berkumpul di Restoran Husin. Pergh... bila dah kumpul... macam-macam jenis, saiz, jenama lampu keluar malam tu... lampu noreh ngan lampu punjut raya aje yang takde... lain semua ada...... hanya untuk menerangi jalan, itu aje...
Dengan takde streteching.... terus kayuh, mungkin perut semua dah kenyang kot... buka puasa. Macam biasa kayuhan menembusi dari kampung ke kampung dan dari parit ke parit... abis semua orang kampung jeritkan... budak beskal mana la yang lalui kampung aku ni... nak kata kayuhan kemerdekaan... kok takde benderanya... Kami kayuh buat tak reti je... angkat tangan kemudian beri salam... abis cerita.
First time kayuh malam... agak kekok... gelap pulak tu... apa taknya, jarak basikal dengan orang depan pun kena hati-hati... silap-silap boleh bergesel... jadi sentiasa kena 'alert' beb.... Cp 1 lebih kurang 12km kami berhenti, bagi memastikan takde yang tertinggal... minun dulu dan powerstick, kemudian meneruskan kayuhan ke cp 2 lebih kurang 10km dari cp1 . Berhenti lagi juga bagi memastikan tiada rider yang tertinggal... kremm ke... pengsan ke... dalam gelap, macam-macam boleh jadi... sambil rehat menikmati powerstick, lain ride dapat bawa kurma lagi bagusss...
Kayuhan sudah lebih 1 jam... lampu dah mula malap... abis lubang jalan kita orang redah semacam je... Payah rupanya kayuh malam... bateri kena bawak spare lain kali... ni baru track tarmac... kalu off-road, macam mana agaknya yek... Kami menamatkan kayuhan 30km merentasi kampung, parit, kebun, tanah perkuburan , taman perumahan dan sampai semula di Restoran Husin lebih kurang jam 12.30 tengah malam. Macam biasa... lepas kayuh memang lapar beb... maggi pun jadi sedap beb... Selesai makan, kami pun bersurai.
Kami bersyukur tiada perkara buruk berlaku semasa kayuhan malam dan dengan pengalaman ini, kami bercadang untuk berkayuh malam lagi pada minggu akan datang....

AHLI YANG HADIR :
Epol (Mr president), Beskalmurah (Cameraman), Abg Kasim (Navigator), Hj. Zin, Mamed, Mr. Yaman, Cikgu Daud, Cikgu Lamlee, Abg Enal, Sham, Bro Faizal, Bro Hasni & 2 son, Tiga sekawan (Samdi,Helmi & Acun) dan Mr. Sweeper Bro Heidi

by : scored /...

Tuesday, August 17, 2010

CP1 SEBELUM MENJELANGNYA RAMADAN

Pada 08 Ogos 2010 (Ahad) riders VECT berkumpul di Taman Putra Indah, Tongkang Pechah untuk merasai kembali kepayahan melalui track BP Ride, checkpoint 1 menjadi pengukurnya. Tengok la bukit mana yang dulunya tak lepas, kali ni cuba-cuba bagi kayuh sampai atas... kira macam balas demdam la ni... Bagi yang nak 'feel'downhill lebih... kurangkan main brek... ikut flow aje, kalau berani...
Cuaca pagi tu memang cun... ada panas, kadang-kadang mendung... tak menjadi masalah, tu semua kecik punya hal. Jam 7.30 pagi kami berkumpul di tempat yang dijanjikan, untuk loading beskal atas lori dan terus berangkut ke tempat yang di tuju. Sampai aje di Taman Putra Indah, persiapan untuk ekspedisi dibuat, mana yang nak sarapan tu sarapan dulu.... takut-takut kalau pengsan susah pulak nanti... katanya
Macam biasa sessi panas badan di ketuai Master Daud, memandangkan dia guru pendidikan jasmani yang berpengalaman... kita orang ikut aje.. asalkan semuanya meregang kira ok la... Nampaknya kali ini rider-rider ambil serius sessi panas badan ini... takut pisang berbuah dua kali la agaknya....
Awal kayuhan, dalam mengharungi 3.5km jalan tarmac, cameraman sibuk kejap kat belakang, kejap kat depan amik gambar... easy la katakan.., tiada runggutan dari soldadu VECT, mungkin mereka dah 'set-mind', track yang akan dilalui nanti akan mencabar fizikal dan mental... so tenang aje kayuhan diambil sehingga berakhirnya tarmac dan bermulanya era off-road.
Cabaran bermula dari awal hingga akhir off-road ini, kami dihidangkan panjat yang memenatkan dan layan downhill yang hebat. Mana bukit yang kami boleh kayuh, kami kayuh... tak larat kami tolak la... Agak-agak penat... kami rehat.. buat pa nak rushing.. kata nak enjoy... bukannya nak dapatkan nombor atau topi...
Dari atas bukit.. bandar Batu Pahat jelas kelihatan... apalagi telah penat menolak.. sessi gambar la... gambar ramai-ramai. Segala muka-muka yang ketat sebelumi ni dah nampak ceria kembali... kami teruskan ekspedisi, kali ni layan downhill sejauh 3km la pulak... lumayan ooo.. Gambar downhill??, cameraman pun nak melayan downhill jugak... best tu... lain kali la boleh tangkap kata cameraman.
Off-road berakhir... sampai di persimpangan jalanraya Tonkang Pechah, betul-betul di hadapan Taman Putra Indah tempat kami memulakan ekspedisi ini tadi. Riders terus recce cari warung, mana la tahu ada kat area sini... jumpa la pulak... apalagi semua serbu... lapar beb...
Kesemua rider dapat menghabiskan ekspedisi dengan jayanya... tak kira la... banyak tolak dari kayuh pun takpe.... yang penting tak pengsan, tak muntah, tak jatuh dan rim tak bengkok... hehehe misi tercapai. Berjaya.

Tahniah buat semua...
'SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK'

by : scored /...

Thursday, August 12, 2010

RAMADAN AL-MUBARAK

V'EXPLORER CYCLING TEAM ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK kepada seluruh umat islam, tidak kira di mana anda berada ;

Mudah-mudahan segala ibadah kita di bulan puasa ini mendapat keredaan dari ALLAH S.W.T... amin.


by : moderator VECT....

Tuesday, August 3, 2010

BERANI RIDE CP1

Berani Ride CP1 - Elevation

Kayuhan bermula diatas tarmac dan berakhir dengan "off-road" adalah aktiviti terakhir VECT sebelum menyambutnya bulan ramadan ini. Pada mulanya VECT bercadang untuk menyertai event Muar Pagoh Mountainbike Challenge. Disebabkan terdapat banyak masalah, jadi kami pun beralih arah untuk recce semula laluan checkpoint 1 - Berani Ride (dengan izin NBC, Terima kasih saudara Saiful aka Mr.Genki).

Cadangan ini diperkuatkan lagi oleh rider VECT yang tidak dapat menyertai BP Berani Ride tempoh hari. Kami memilih untuk ke Checkpoint 1 kerana ia adalah antara checkpoint yang mudah untuk dilalui bagi rider-rider baru. Biarkan... biarkan... bagi mereka rasakan bagaimana kehebatan track BP Berani Ride yang selama ini mereka banyak mendengar dari mengalaminya sendiri. Disamping itu dapat melihat keindahan panorama daerah Batu Pahat yang menghijau dari atas bukit.

Track sejauh 14km ini bermula dari Taman Putra Indah, Tongkang Pechah menuju ke persimpangan jalan Parit Sulong - Yong Peng dan terus ke persimpangan Seri Medan dalam lingkungan 3.5km. Dan dari situ bermulalah laluan "off-road" track BP Berani Ride sehingga keluar semua di Taman Putra Indah dengan jarak 11.5km.

TENTATIF PROGRAM
TARIKH ; 08 OGOS 2010 (AHAD)
7.15 - Berkumpul di Taman Manis, Parit Raja dan terus ke Taman Putra Indah, Tongkang Pechah. (Kenderaan mengangkut basikal disediakan)
8.00 - Ekspedisi bermula sehingga selesai.
* Jangan membuang sampah merata-rata, pastikan alam sekitar terpelihara

KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA
- Basikal yang berada di dalam keadaan baik.
- Helmet adalah dimestikan bagi melindungi kepala.
- Mini tools dan pump.
- Spare tubes.
- Bekalan air yang secukupnya.
- Coklat dan roti.
- Rider digalakkan untuk bersarapan pagi, sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal.


by : moderator