29 Januari 2011
Bacaan doa .. semoga selamat dalam perjalanan ... |
Bertolak dari rumah pukul 12.00 tengahari .. sepanjang perjalanan hujan sekejap lebat sekejap renyai .. kat highway jumpa Yaman ngan Azrai .. singgah di perhentian tol Kulaijaya .. perjalanan ke Adela melalui jalan baru Sengkang terus ke Kota Tinggi dan ke Adela .. sampai sana lebih kurang dalam pukul 5.00 petang .. sempat gak singgah rumah pengantin kawan Asif di Bandar Penawar.
Malam tu tido kat PKG Penggerang .. semua rakan-rakan VECT selamat sampai di PKG Pengerang dalam pukul 7.00 malam.. nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Zani PTP PKG Pengerang atas bantuan yang tak terbalas rasanya.
before start .. |
Pukul 6.00 pagi, kita orang dah bersiap-siap, mandi dan sarapan ... walaupun pagi itu masih hujan, misi kali ini tetap akan diteruskan.. bemula dengan bacaan doa oleh Haji Zin dan breafing daripada gaint19.. kita orang berkayuh dari PKG ke Wisma Sening yang jauhnya lebih kurang 500 meter saja.
Start dalam pukul 8.30 pagi .. oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi .. dilepaskan dalam keadaan hujan renyai-renyai dan kadang kala lebat.. lebih kurang dua kilometer berkayuh santai .. tiba-tiba terpaksa merentasi parit yang dalam lebih kurang 10 kaki .. sukar untuk melepaskan diri .. semua semua rider cuba untuk kehadapan .. bottle neck .. kat situ je dah dekat setengah jam .. que sorang-sorang ...
warming up ... |
mengheret basikal yang tidak boleh gerak .. |
Laluan seterusnya penuh dengan cabaran .. aku rasa sama je .. naik bukit tolak .. turun bukit pun tolak .. semuanya gara-gara brek yang dah tak berfungsi ... yang berani risikonya jatuh dalam gaung atau pun kat celah kelapa sawit ..
Laluan CP 2 agak santai .. lalu tepi sungai, perkampungan nelayan .. dan penempatan pekerja ladang .. aku pun hampir sesat .. nasib baik laa jeritan pekerja ladang daripada rumah mereka memberi tunjuk arah yang sebenar.
Ramai rider yang terpaksa menarik diri akibat kerosakan basikal ..
aku pulak terpaksa tendang RD untuk tukar gear .. gear depan memang dah tak boleh tukar dah ...
tolak dah terus tolak |
Laluan ke CP 3 ... rider terpaksa mengharung banjir dekat paras lutut ... mana boleh kayuh macam tu ... ada gak rider yang cuba kayuh .. last-last termasuk dalam lubang dan terus jatuh dalam air ..
1st in the group .. kayuhan BT banyak membantu.. |
dua-dua ni brek pakai kaki .. |
daripada CP 4 ke penamat pakai tayar pancit .. |
Sampai CP 3 ... Cha-cha mengeluh nak tarik diri sebab dua-dua brek dah tak makan .. aku kata teruskan je .. bukan jauh sangat .. ikut gak dia cakap aku .. nak pegi CP 4 terpaksa melayan downhill kat celah pokok getah .. tak berani aku ... dengan brek yang tak de .. terpaksa pimpin basikal lagi ..
Dan akhirnya melalui terowong yang penuh dengan air .. rider kat depan aku .. sempat berhenti .. boleh ke lalu ni .. aku nekad terjun .. paras lutut gak ... sambil sempat gak celup basikal dalam air ... dah bersih balik basikal aku ..
Pengalaman di Adela aku rasa berbeza dengan trek yang sebelum ini .. walaupun Nusa Iskandar tu aku rasa cukup mencabar .. tapi di sini aku rasa cabaran nya paling getir ... faktor cuaca, keadaan permukaan jalan, banjir, parit (tak de titi) menjadi cabaran yang paling menguji kekuatan mental peserta. Finisher harus diberi penghargaan kerana bukan mudah seperti yang disangka. Tak caya .. cuba laa kalau ada bran .... caya u all ..VECT ...
Rider's status/ranking :
iddin - gold medalist - first in the group
samjueon - gold medalist - 2nd in the group
cikgu daud - gold medalist - 3rd in the group
putera pawaka - finisher
ipan - finisher
mashashi - finisher
gaint19 - finisher
zairul - finisher
fad - finisher
yaman - finisher
mamet - finisher
azrai - finisher
ijam - finisher but can't find CP 4 ..
scoredeng - finisher
asif - finisher
razak - finisher
sarijan - finisher
firdaus - finisher
beskalmurah - CP 1 .. FD problem
isa - CP 2 - but stil got gold medalist .. 60 overall
haji zin - unknown status
rizal - unknown status
rozaidi - unknown status
zulkepli - unknown status
amirul - unknown status
khirman - sweeper
haidi - sweeper
photo by :
hazadoes FB
mohd azrai FB
hasnijb FB
report by :
../.. gaint19
No comments:
Post a Comment