Monday, March 14, 2011

KAYUHAN ESTET JON CHONG DI KLUANG

MODE : DAH LAMA TAK KAYUH .. KASET 10 PUN MACAM TAK BES..

12 Mac 2011



short breafing before start ..
JON CHONG ESTET KLUANG - Selalunya beskalmurah akan msg aku untuk ke mana laluan kayuhan kali ini .. dalam hati dah tak larat kot nak msg .. yang pegi orang tu jugak ... memang laa dalam FB aku dah tahu diaorang akan pegi Jon Chong Estet, Kluang .. sekadar nak conform aku cal beskalmurah .. dia on the way .. aku terus follow dia sampai tempat berkumpul iaitu di Shell bersebelahan Hospital Pakar Kluang..



to be a good listener ..
Sampai sana, aku tengok ramai gak rider dari KMTB, yang dah siap-siap .. 32 orang rider yang menyahut cabaran kali ini termasuk sorang rider dari Singapore dan beberapa rider dari Senggarang. VECT kali ini diwakili oleh beskalmurah, gaint19, iedin, haji zin, mamet, yaman, cha cha, putera pawaka dan yang lain ada masalah yang tak dapat dielakkan..


yaman with regular post ..
 Kayuhan kali ini agak santai, rasanya tak de bukit yang tak boleh naik .. kecualilaa kepada rider baru yang baru mencuba MTB sure ada masalah dalam mendaki puncak Jon Estet yang permukaan jalannya yang berlubang-lubang ditambah lagi dengan hujan lebat yang turun sehari sebelum, memaksa rider mengeluarkan tenaga yang banyak dalam membuat pendakian.


thanks pawaka for take my pic..
 Semuanya berjalan lancar .. bermula dengan laluan tarmac jalan Kluang-Kota Tinggi, masuk ke jalan susur ke Batu Pahat dan terus ke laluan off road .. pendakian pertama melalui jalan kebun kelapa sawit yang baru ditanam .. untuk geng VECT semuanya celak ketiak ni ... opsss ada gak yang tolak .. wah dalam hati sini pun dah tolak kat dalam tak tahu aku nak bayangkan .. dengan semangat sepasukan rider yang dah sampai atas terpaksalah tunggu semua rider sampai baru bergerak semula.



not MTB but Mari Angkat Basikal ..
Dua tiga bukit dilalui ... uphill dan downhill yang terpaksa hati hati .. sampai satu downhill curam dan taktikal semua rider dilepaskan sorang sorang .. kebetulan aku kat depan .. terus je aku terjun .. selamat .. yang tak berani terpaksa heret basikal ... sampai turn haji zin .. downhill ... bermula dengan baik .. sampai di bawah .. terus je menjungkel .. out balance .. jatuh .. keadaan jadi kalam kabut sikit ... aku yang nak ambil gambar pun terus bergegas mendapatkan haji zin dan basikalnya.. keadaanya nampak ok .. tayarnya pancit ... selepas diberi rawatan .. alhamdulillah dia masih boleh meneruskan kayuhan ... aku tengok lepas tu .. tak de sapa yang berani untuk downhill kat situ .. termasuklaaa yang kaki nyeruntul ... serik laa tu ..



peace no war ...
Perjalanan trek sekitar 30 km itu diteruskan sehingga jumpa kembali jalan Kota Tinggi-Kluang .. dan kali ini terpaksa pula menempuh angin kencang dari arah depan .. seksa beb .. naik bukit pulak tu ..  terpaksa kayuh sorang-sorang ... yang lain semua dah kat depan ..



masashi with tactical downhill
Ada juga rider baru dari KMTB yang krem .. ada yang rim bengkok, yang patah spoke 8 batang pun ada .. namun untuk VECT semuanya selamat sampai dalam pukul 1.00 tengahari... makan tengahari .. kat warong dan mengucapkan selamat bertemu kembali di trek yang lain pula .. terima kasih kepada KMTB dan semua yang telah terlibat dalam menjayakan kayuhan kali ini .. pada rider VECT yang tak dapat pergi .. mungkin satu hari nanti kita akan arrange untuk ke sana semula.



better like this or jumping then jungkel ..
photo by :-
putera pawaka


hasni .. do u take my pic ..
special resque from KMTB
beskalmurah replacing trancex3 tyre,,
report by :-

../.. gaint19"

Monday, February 28, 2011

KAYUHAN SILATURRAHIM - BUKIT JINTAN RETURN

MODE : KAYUHAN SILATURRAHIM MENCAPAI MATLAMAT ..

27 Februari 2011

mengalas perut sebelum kayuhan ..
Kali ni nak puji dua orang cameraman iaitu Beskalmurah ngan Cikgu Daud yang begitu pantas sekali mengupload gambar-gambar kayuhan silaturrahim ... selalunya .. payah nak buat report kalau tak de gambar .. terima kasih laaa .. lain kali macam ni laaa .. hehehe .. baru senang nak pilih gambar ..

easy ride .. santai dalam kelompok besar ..
Kayuhan kali ini disertai oleh Kluang MTB, Senggarang MTB, Batu Pahat MTB dan VECT sendiri yang kalau dihitung semuanya seramai 40 orang .. ramai tu .. dah macam mini jambori la pulak .. apa pun objektif untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan rider terutama di daerah Batu Pahat sangat tercapai dengan kehadiran begitu ramai peserta...

cabaran bermula dengan pendakian ..
Pagi itu kita orang sarapan di Air Hitam .. dan tempat permulaan adalah di perkarangan Masjid Kampung Haji Ghaffar (terima kasih JK Masjid dan penduduk sekitar sebab tumpang tempat parking) .. rider mula sampai dengan kenderaan dan dalam pukul 8.30 semua rider telah siap sedia dengan basikal masing-masing. Streching diketuai oleh Cikgu Daud dan bacaan doa oleh Haji Zin .. rutin laa ni ..

antara halangan yang terpaksa ditempuhi ..
Kayuhan ini adalah kali ke dua dalam sebulan ke Bukit Jintan .. rasanya masih ingat lagi treknya .. namun nasihat tetap diberikan supaya kejadian kemalangan seperti kayuhan pertama tidak berulang..

ajk makanan puan aida ..
Perjalanan bermula dengan laluan jalan tarmac .. semuanya rasa macam tak sabar nak ke depan .. ada yang kayuh laju dan ada juga rider yang play save .. kayuh perlahan bagi menjimatkan tenaga .. terutamanya rider-rider otai ....

lepak sementara menanti beberapa rider yang sesat ..
Permukaan jalan yang berbatu-batu menyukarkan rider untuk membuat pendakian, jadi tak de jalan lain selain dari menolak basikal masing-masing... mujurlah sweeper Ijam ngan Rosli yang menunggang EX5 banyak membantu rider-rider yang pancit dan yang sesat ..

semua yang berada di puncak bukit jintan
Pendakian seterusnya di Bukit Botak, melihat je bukit yang tinggi berada di depan mata telah melemahkan semangat beberapa rider.. mungkin keadaan basikal yang tidak mengizinkan maka mereka terpaksalah tunggu di bawah sahaja ..

Turun dari Bukit Botak .. layan downhill curam .. yang tak berani turun terpaksa heret basikal (ksian Rosli yang nampaknya macam serik nak nyeruntul) .. masa ni laa tayar Yaman bocor dan hangar basikal Ipan patah .. terpaksa potong rantai dan jadilah basikal fexcy ..

view menarik .. saujana mana memandang ..
Rider yang kat depan terus memecut sekitar +-40km/hour jalan tarmac menuju ke tempat permulaan .. dan yang santai sampai juga di Masjid Kampung Haji Ghaffar jam 12.30 tengahari.

layan downhill curam ..
Dan acara seterusnya ialah makan tengahari di rumah mak cik Aida KMTB .. kita orang kena nasi ambeng .. dan seterusnya majlis bersurai.. akhir sekali VECT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rider yang telah menyertai kayuhan silaturrahim .. pada yang tak berkesempatan . insyaAllah kita akan bermini jambori ini di masa akan datang .. sesungguhnya semangat berkerja sama, tolong menolong, mesra membuatkan semangat kami untuk terus berkayuh tidak akan terpadam ..

photo by :
beskalmurah & cikgu daud

report by :

../.. gaint19..

Wednesday, February 16, 2011

BUKIT JINTAN YANG SEBENARNYA




MODE : MENAWAN PUNCAK PADA KETINGGIAN 211 METER DARI PARAS LAUT MEMANG MENGASYIKAN..

15 Februari 2011


kena bagi credit pada yang empunya camera ..
Sempena cuti Maulidur Rasul geng VECT mengambil kesempatan untuk meneroka kembali Bukit Jintan yang sebenar .. tak tahulaaa mana satu Bukit Jintan, kita orang pun tak tahu .. yang pasti semua bukit kat situ dinamakan dengan Bukit Jintan..

starting from Kampung Haji Ghafar
Malam sebelum, semuanya setting basikal masing-masing kat rumah Cikgu Daud .. maklumlah basikal banyak yang hancur dek kerana penangan Adela MTB Ride yang berlangsung lebih kurang dua minggu lepas..  keputusan untuk kembali ke Bukit Jintan pun diambil pada malam tersebut .. walaupun sebelum ini destinasi pilihan adalah Empangan Machap seperti yang diwar-warkan di dalam FB dan Blog .. 

gambaran meneh ... kapan areh sampei ..
Mula-mula ingat nak berkayuh saja dari Parit Raja melalui Seri Mendapat ke Kampung Haji Ghafar tapi dek mengenangkan semua tak larat masa nak baliks nanti, keputusan tersebut dibatalkan dan basikal terpaksa diangkut dengan kenderaan masing-masing. Pukul 8.30 pagi semua rider sampai dan berkumpul di Masjid Kampung Haji Ghafar..

nun jauh di sana .. puncak yang hendak di daki ..
Kayuhan kali ini disertai seramai 22 orang rider termasuk beberapa rider daripada Kluang.. seperti biasa .. sessi memanaskan badan diketuai oleh Cikgu Daud, short breafing daripada Gaint19 dan bacaan doa daripada Trace X3 .. segalanya berjalan dengan lancar .. perjalanan bermula dari Masjid Kampung Haji Ghafar menuju ke Bukit Jintan dan Bro Bard sebagai mashall untuk kali ini...

rehat sebentar ... rantey ney pedot ..
Perjalanan bermula dengan kayuhan santai melalui jalan kampung yang bertar.. walaupun terdapat beberapa bukit semuanya bukan menjadi penghalang besar kepada semua rider yang telah berpengalaman berjemboree, kecuali beberapa rider baru yang agak pancit .. mungkin kurang pendedahan kepada kayuhan bukit ..

kredit lagi sekali sebab jadi formen tetap ..
10 speed memang berkesan ..
Kayuhan terhenti seketika bila tayar basikal Fad bocor .. setelah diperbaiki oleh Beskalmurah .. kayuhan diteruskan melalui jalan kelapa sawit .. marker agak kalam kabut sedikit bila melayan downhill bila ada beberapa rider memilih jalan yang salah .. segalanya kembali terkawal setelah kembali diingatkan supaya marker melihat rider yang tercicir supaya tidak jauh tertinggal daripada kumpulan yang di hadapan..


pawaka ngan rosli memang geng tak de brek ..
 Pendakian ke puncak Bukit Jintan yang ketinggian 211 meter daripada aras laut memang memeritkan .. ada rider yang terpaksa surrender lebih awal .. Zairul terpaksa menemankan rakannya Faizal untuk chicken run... yang memang dah tak larat untuk teruskan perjalanan.. dan yang lain pun terpaksa berhenti beberapa kali sebelum dapat sampai ke puncak ...

apasal beb member ni ... lepak kat bawah je .. zoom 10 x
takkan tolak bro ..
Hampir setengah jam berada di puncak Bukit Jintan, kita orang turun dengan harapan untuk layan downhill panjang .. keadaan permulaan jalan yang berbatu.. rider terpaksa untuk menarik brek sehingga aku yang kat belakang ni terpaksa menghidu bau hangit brek rider yang di hadapan... dan kali ini tayar basikal Mamed pulak bocor ... kita orang yang telah sampai di bawah terpaksa menunggu sementara Bro Scoredeng, Yaman dan Rosli menghulurkan bantuan ..  setelah semuanya selesai, Rosli pula ditimpa kemalangan ... sedang melayan downhill basikalnya tidak dapat dikawal lalu melanggar kalbat .. alhamdulillah setelah di xray .. bahunya hanya terseliuh ..

kepuasan kepada semua yang telah berada di sini ..
Pukul 12.30 semua rider selamat sampai ke tempat permulaan iaitu di Masjid Kampung Haji Ghafar .. keseluruhan perjalanan bertaraf jamboree ini sangat menghiburkan .. walau terasa penat .. di dalam hati terbit rasa kepuasan kerana misi menawan Bukit Jintan tercapai dengan meminimakan kemalangan.. semoga di lain masa kita akan ke sini kembali dengan keazaman yang lebih tinggi ..

part ni yang bes .. citer tak abis abis ..
Tahniah kepada semua rider yang terlibat, Trace X3, Beskalmurah, Scoredeng, Cikgu Daud, Rosli, Yaman, Mamet, Gaint19, Iddin, Pawaka, Saiful, Fad, Bro Bard, Zam, Asif, Samjoeon, Zairol, Faizal dan beberapa rider dari Kluang .. jumpa lagi nanti ..


Photo by :-
Beskalmurah

Report by :-
../.. Gaint19

Tuesday, February 1, 2011

GUGUSAN ADELA MTB RIDE

MODE : HUJAN .. MAIN LUMPUR ... MAIN BANJIR ..  TAK YAH NAK BASUH BASIKAL

29 Januari 2011

Bacaan doa .. semoga selamat dalam perjalanan ...
Bertolak dari rumah pukul 12.00 tengahari ..  sepanjang perjalanan hujan sekejap lebat sekejap renyai ..  kat highway jumpa Yaman ngan Azrai .. singgah di perhentian tol Kulaijaya ..  perjalanan ke Adela melalui jalan baru Sengkang terus ke Kota Tinggi dan ke Adela .. sampai sana lebih kurang dalam pukul 5.00 petang .. sempat gak singgah rumah pengantin kawan Asif di Bandar Penawar.

Malam tu tido kat PKG Penggerang ..  semua rakan-rakan VECT selamat sampai di PKG Pengerang dalam pukul 7.00 malam..  nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Zani PTP PKG Pengerang atas bantuan yang tak terbalas rasanya.

before start ..
30 Januari 2011

Pukul 6.00 pagi, kita orang dah bersiap-siap, mandi dan sarapan ... walaupun pagi itu masih hujan, misi kali ini tetap akan diteruskan.. bemula dengan bacaan doa oleh Haji Zin dan breafing daripada gaint19.. kita orang berkayuh dari PKG ke Wisma Sening yang jauhnya lebih kurang 500 meter saja.

Start dalam pukul 8.30 pagi .. oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi .. dilepaskan dalam keadaan hujan renyai-renyai dan kadang kala lebat..  lebih kurang dua kilometer berkayuh santai .. tiba-tiba terpaksa merentasi parit yang dalam lebih kurang 10 kaki .. sukar untuk melepaskan diri .. semua semua rider cuba untuk kehadapan .. bottle neck .. kat situ je dah dekat setengah jam .. que sorang-sorang ...  
warming up ...
mengheret basikal yang tidak boleh gerak ..
Untuk sampai ke CP 1, rider rasa sesuatu yang amat memeritkan bila terpaksa memanjat bukit yang penuh dengan lumpur .. tayar tak boleh bergerak .. terpaksa cungkil dengan kayu .. nak panjat bukit dengan jalan yang terlalu licin memang memerlukan semangat yang kental ..  masa tu shifter pun dah tak berfungsi dengan baik ..


Laluan seterusnya penuh dengan cabaran ..  aku rasa sama je .. naik bukit tolak .. turun bukit pun tolak .. semuanya gara-gara brek yang dah tak berfungsi ... yang berani risikonya jatuh dalam gaung atau pun kat celah kelapa sawit ..

Laluan CP 2 agak santai .. lalu tepi sungai, perkampungan nelayan .. dan penempatan pekerja ladang .. aku pun hampir sesat .. nasib baik laa jeritan pekerja ladang daripada rumah mereka memberi tunjuk arah yang sebenar.

Ramai rider yang terpaksa menarik diri akibat kerosakan basikal ..
aku pulak terpaksa tendang RD untuk tukar gear ..   gear depan memang dah tak boleh tukar dah ...

tolak dah terus tolak
Laluan ke CP 3 ... rider terpaksa mengharung banjir dekat paras lutut ... mana boleh kayuh macam tu ... ada gak rider yang cuba kayuh .. last-last termasuk dalam lubang dan terus jatuh dalam air ..
1st in the group .. kayuhan BT banyak membantu..

dua-dua ni brek pakai kaki ..
daripada CP 4 ke penamat pakai tayar pancit ..

Sampai CP 3 ... Cha-cha mengeluh nak tarik diri sebab dua-dua brek dah tak makan .. aku kata teruskan je .. bukan jauh sangat .. ikut gak dia cakap aku .. nak pegi CP 4 terpaksa melayan downhill kat celah pokok getah .. tak berani aku ... dengan brek yang tak de .. terpaksa pimpin basikal lagi ..

Dan akhirnya melalui terowong yang penuh dengan air .. rider kat depan aku .. sempat berhenti .. boleh ke lalu ni .. aku nekad terjun .. paras lutut gak ... sambil sempat gak celup basikal dalam air ... dah bersih balik basikal aku ..

Pengalaman di Adela aku rasa berbeza dengan trek yang sebelum ini .. walaupun Nusa Iskandar tu aku rasa cukup mencabar .. tapi di sini aku rasa cabaran nya paling getir ... faktor cuaca, keadaan permukaan jalan, banjir, parit (tak de titi) menjadi cabaran yang paling menguji kekuatan mental peserta. Finisher harus diberi penghargaan kerana bukan mudah seperti yang disangka. Tak caya .. cuba laa kalau ada bran .... caya u all ..VECT ...

Rider's status/ranking :
iddin - gold medalist - first in the group
samjueon - gold medalist - 2nd in the group
cikgu daud - gold medalist - 3rd in the group
putera pawaka - finisher
ipan - finisher
mashashi - finisher
gaint19 - finisher
zairul - finisher
fad - finisher
yaman - finisher
mamet - finisher
azrai - finisher
ijam - finisher but can't find CP 4 ..
scoredeng - finisher
asif - finisher
razak - finisher
sarijan - finisher
firdaus - finisher
beskalmurah - CP 1 .. FD problem
isa - CP 2 - but stil got gold medalist .. 60 overall
haji zin - unknown status
rizal - unknown status
rozaidi - unknown status
zulkepli - unknown status
amirul - unknown status
khirman - sweeper
haidi - sweeper

photo by :
hazadoes FB
mohd azrai FB
hasnijb FB

report by :

../.. gaint19

Monday, January 24, 2011

Happy ride 100km on road

Ahad, 23 Jan 2011.
Syabas... dua orang ahli VECT dengan confiden memberanikan diri untuk mengertai kayuhan 100km onroad dengan menggunakan basikal MTB yang dianjurkan oleh team Senggarang. Mungkin juga kayuhan ini adalah preparation untuk Adela Ride.
Sedikit info dari Masashi Shah;
"semua der 5 cek point......bermula dari Sengarang - Rengit,,,(check point 1) rehat selama 15 minit......terus ke Ladang Pineaple....(check point 2) selama 15 minit...terus ke Simpang Renggam - Machap..... (check point 3) rehat kt tasik Machap...

terus ke Air Hitam - Pt Hamid..... (check point 4)......last check point kat Pt Tengah dan tamat di Sengarang....... tiupan angin menjadi halangan utama ketika melalui kawasan ladang nenas dan di jalan Air Hitam. Bukit-bukau di Simpang Remggam tidak menjadi masalah bagi riders...... sepanjang kayuhan tiada kerosakan dan kemalangan berlaku.... cuma ada ride yang krem. Alhamdulillah... tidak berapa kritikal... rating kayuh mencecah 40km/h.... setelah check point 3 menempuhi angin dan bukit, kayuhan berkurangan.... 30 km/h je..average 27..... memang berbeza kayuh atas tarmac dengan mngunakan basikal MTB yang tayarnya macam tayar landrover..... cukup beri tekanan hebat untuk melawan angin dengan panas matahari..... hinggakan bukit landai pun tak larat nak kayuh....."

Friday, January 21, 2011

KAYUHAN MACHAP OJO NYERUNTUL TERCAPAI ..

MODE : TREK BARU MACHAP .. MEMANG MENGHIBURKAN




20 Januari 2011

sessi warming up ...
Selepas mengharungi CP 1, Seri Medan, kali ni sempena cuti Thaipusam geng VECT tak sabar-sabar nak tahu trek mana pulak pilihan kali ini ... semuanya menyuarakan pendapat melalui FB .. sampaikan aku sendiri pening nak pilih trek mana .. last-last sepakat ingin kembali ke Machap/Kampung Rahmat ... (sebenarnya malas nak serabutkan kepala otak nak pilih trek yang semuanya rasa macam dah chicken je .. )

bes laa gambor ko orang je yang ade ..
Pagi tu .. dalam kul 8.00 .. kita orang bertolak ke Masjid Kampung Pertanian, Air Hitam ... alhamdulillah kali ni ramai rider yang menyahut cabaran .. ditambah pulak dengan rider daripada Kluang jadi jumlah kayuhan kali ini aku rasa yang paling ramai .. hampir-hampir 30 rider semuanya termasuk sorang rider pompuan .. aida ... ( power laaa dia ni .. tak sangka aku .. )..

laluan tarmac ..landai diketuai oleh samjeon.
gambar si bongkak je ...
antara rider daripada kluang
antara view menarik .. tapi black lightlaa pulak ..
Sessi memanaskan badan diketuai oleh Cikgu PJ kita .. dan bacaan doa Haji Zin dan sedikit taklimat ringkas daripada gaint19 .. ( sekadar mengingkatkan geng nyeruntul supaya lebih mengutamakan keselamatan ) .. Perjalanan menuju Felda Air Hitam ..laluan tarmac memang tak de masalah kepada semua rider .. cabaran bermula bila memasuki kebun kelapa sawit .. laluan baru ini memang menarik ... panjat bukit sampai ada yang terpaksa tolak basikal ... tapi aku rasa ini tak sampai pun satu per empat daripada cabaran jamboree nanti .. apapun kayuhan kali ini sangat bagus bagi menguji kekuatan pendakian dan taktikal semasa layan downhill ... sempat juga kita orang berposing sakan dengan view Tasik Machap yang sangat menarik ..  masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar untuk dimuatnaik di dalam FB masing-masing...

gambar ni aku suka sebab di sini ada aku ..
Puas dengan pemandangan puncak Bukit Air Hitam, kita orang turun .. layan downhill ... dengan sedikit masalah bila botol air scoredeng hilang ... ( mana nak cari bro .. ganti baru je .. ) .. bila dah laju turun bukit .. marker tak de pulak .. kita orang terpecah kepada dua kumpulan ... tapi aku percaya group pertama akan menuju ke laluan yang sama bila sampai ke Tasik Machap ... ternyata sangkaan aku benar .. rupanya mereka berada di belakang dan memilih laluan yang berbeza .. Perjalanan terhenti seketika bila tayar basikal Bad bocor .. dapat laaa kita orang santai seketika di bawah kebun kelapa sawit ..  perjalanan diteruskan sehingga ke Machap dan berhenti minum dan makan di sana.

tak cukup gear kat sini kata firdaus ...
kluang rider termasuk aida ..
Hampir setengah jam berehat .. perjalanan diteruskan menuju ke Kampung Rahmat .. waktu dah dekat pukul 11.30 pagi .. matahari pun dah terpacak atas kepala .. aku, cikgu Daud ngan Iddin berada di hadapan .. malas nak tunggu lama-lama .. cabaran selama lebih kurang 40 minit dengan pendakian lebih kurang 6 bukit cukup menyeksakan ..  terutama kepada rider rider baru ..( alasan gear tak cukup, brek tak makan .. ) bagi yang telah dua tiga kali ke sana ..rasanya tak de masalah untuk menghabiskan kayuhan sehingga ke tempat permulaan... dekat kul 12.30 kita orang sampai semua di tempat permulaan dengan membeli air tebu hitam sebagai habuan terakhir kayuhan kali ini ..

ada lagi bukit kat atas tu ..
Semua rider sangat berpuas hati dengan kayuhan kali ini .. dan yang lebih penting tak de kejadian seperti kayuhan CP 1 .. ianya juga sangat berguna untuk persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran adela nanti ... Terima kasih kepada semua rider .. rasa tak tersebut satu persatu .. terima kasih juga kepada rider daripada Kluang .. mungkin lepas ni kita boleh sama-sama menguji trek di daerah Kluang pula..  dan semoga gambar-gambar yang diinsert di sini dapat mengembalikan ingatan kayuhan Machap yang pada pendapat aku cukup menghiburkan ...

beskalmurah, sibongkak ngan scoredeng ..
report by ;

../.. gaint19





botol air aku jatuh .. nak tolong cari ?..
sampai machap .. kena roti canai ..