Ahad, 23 Jan 2011.
Syabas... dua orang ahli VECT dengan confiden memberanikan diri untuk mengertai kayuhan 100km onroad dengan menggunakan basikal MTB yang dianjurkan oleh team Senggarang. Mungkin juga kayuhan ini adalah preparation untuk Adela Ride.
Sedikit info dari Masashi Shah;
"semua der 5 cek point......bermula dari Sengarang - Rengit,,,(check point 1) rehat selama 15 minit......terus ke Ladang Pineaple....(check point 2) selama 15 minit...terus ke Simpang Renggam - Machap..... (check point 3) rehat kt tasik Machap...
terus ke Air Hitam - Pt Hamid..... (check point 4)......last check point kat Pt Tengah dan tamat di Sengarang....... tiupan angin menjadi halangan utama ketika melalui kawasan ladang nenas dan di jalan Air Hitam. Bukit-bukau di Simpang Remggam tidak menjadi masalah bagi riders...... sepanjang kayuhan tiada kerosakan dan kemalangan berlaku.... cuma ada ride yang krem. Alhamdulillah... tidak berapa kritikal... rating kayuh mencecah 40km/h.... setelah check point 3 menempuhi angin dan bukit, kayuhan berkurangan.... 30 km/h je..average 27..... memang berbeza kayuh atas tarmac dengan mngunakan basikal MTB yang tayarnya macam tayar landrover..... cukup beri tekanan hebat untuk melawan angin dengan panas matahari..... hinggakan bukit landai pun tak larat nak kayuh....."
Monday, January 24, 2011
Friday, January 21, 2011
KAYUHAN MACHAP OJO NYERUNTUL TERCAPAI ..
MODE : TREK BARU MACHAP .. MEMANG MENGHIBURKAN
20 Januari 2011
Selepas mengharungi CP 1, Seri Medan, kali ni sempena cuti Thaipusam geng VECT tak sabar-sabar nak tahu trek mana pulak pilihan kali ini ... semuanya menyuarakan pendapat melalui FB .. sampaikan aku sendiri pening nak pilih trek mana .. last-last sepakat ingin kembali ke Machap/Kampung Rahmat ... (sebenarnya malas nak serabutkan kepala otak nak pilih trek yang semuanya rasa macam dah chicken je .. )
Pagi tu .. dalam kul 8.00 .. kita orang bertolak ke Masjid Kampung Pertanian, Air Hitam ... alhamdulillah kali ni ramai rider yang menyahut cabaran .. ditambah pulak dengan rider daripada Kluang jadi jumlah kayuhan kali ini aku rasa yang paling ramai .. hampir-hampir 30 rider semuanya termasuk sorang rider pompuan .. aida ... ( power laaa dia ni .. tak sangka aku .. )..
Sessi memanaskan badan diketuai oleh Cikgu PJ kita .. dan bacaan doa Haji Zin dan sedikit taklimat ringkas daripada gaint19 .. ( sekadar mengingkatkan geng nyeruntul supaya lebih mengutamakan keselamatan ) .. Perjalanan menuju Felda Air Hitam ..laluan tarmac memang tak de masalah kepada semua rider .. cabaran bermula bila memasuki kebun kelapa sawit .. laluan baru ini memang menarik ... panjat bukit sampai ada yang terpaksa tolak basikal ... tapi aku rasa ini tak sampai pun satu per empat daripada cabaran jamboree nanti .. apapun kayuhan kali ini sangat bagus bagi menguji kekuatan pendakian dan taktikal semasa layan downhill ... sempat juga kita orang berposing sakan dengan view Tasik Machap yang sangat menarik .. masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar untuk dimuatnaik di dalam FB masing-masing...
Puas dengan pemandangan puncak Bukit Air Hitam, kita orang turun .. layan downhill ... dengan sedikit masalah bila botol air scoredeng hilang ... ( mana nak cari bro .. ganti baru je .. ) .. bila dah laju turun bukit .. marker tak de pulak .. kita orang terpecah kepada dua kumpulan ... tapi aku percaya group pertama akan menuju ke laluan yang sama bila sampai ke Tasik Machap ... ternyata sangkaan aku benar .. rupanya mereka berada di belakang dan memilih laluan yang berbeza .. Perjalanan terhenti seketika bila tayar basikal Bad bocor .. dapat laaa kita orang santai seketika di bawah kebun kelapa sawit .. perjalanan diteruskan sehingga ke Machap dan berhenti minum dan makan di sana.
Hampir setengah jam berehat .. perjalanan diteruskan menuju ke Kampung Rahmat .. waktu dah dekat pukul 11.30 pagi .. matahari pun dah terpacak atas kepala .. aku, cikgu Daud ngan Iddin berada di hadapan .. malas nak tunggu lama-lama .. cabaran selama lebih kurang 40 minit dengan pendakian lebih kurang 6 bukit cukup menyeksakan .. terutama kepada rider rider baru ..( alasan gear tak cukup, brek tak makan .. ) bagi yang telah dua tiga kali ke sana ..rasanya tak de masalah untuk menghabiskan kayuhan sehingga ke tempat permulaan... dekat kul 12.30 kita orang sampai semua di tempat permulaan dengan membeli air tebu hitam sebagai habuan terakhir kayuhan kali ini ..
Semua rider sangat berpuas hati dengan kayuhan kali ini .. dan yang lebih penting tak de kejadian seperti kayuhan CP 1 .. ianya juga sangat berguna untuk persediaan mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran adela nanti ... Terima kasih kepada semua rider .. rasa tak tersebut satu persatu .. terima kasih juga kepada rider daripada Kluang .. mungkin lepas ni kita boleh sama-sama menguji trek di daerah Kluang pula.. dan semoga gambar-gambar yang diinsert di sini dapat mengembalikan ingatan kayuhan Machap yang pada pendapat aku cukup menghiburkan ...
report by ;
../.. gaint19
20 Januari 2011
sessi warming up ... |
bes laa gambor ko orang je yang ade .. |
laluan tarmac ..landai diketuai oleh samjeon. |
gambar si bongkak je ... |
antara rider daripada kluang |
antara view menarik .. tapi black lightlaa pulak .. |
gambar ni aku suka sebab di sini ada aku .. |
tak cukup gear kat sini kata firdaus ... |
kluang rider termasuk aida .. |
ada lagi bukit kat atas tu .. |
beskalmurah, sibongkak ngan scoredeng .. |
../.. gaint19
botol air aku jatuh .. nak tolong cari ?.. sampai machap .. kena roti canai .. |
Tuesday, January 18, 2011
KAYUHAN NYERUNTUL CHECK POINT 1
MODE : MORAL JGN SUKA NYERUNTUL .. KAN DAH SESAT ..
15 Januari 2011
Scoredeng bagi tahu .. dia orang kat depan ni semuanya sesat .. akibat dari nyeruntul ... apapun semuanya dalam keadaan yang selamat sampai ke rumah dalam pukul 1 tengahari ...
Riders yang terlibat;
Hj Zin (Mr Otai), Cikgu Daud (The Bongkakman), Aku, Beskalmurah (Health troubles), Yaman (Mr 5 hinggit Champion & Presiden Nyeruntul),Semz Ju-On, Masashi, Iedin, Hafiy & Irfan.
report by ..
../.. gaint19
../.. scoredeng
15 Januari 2011
check point 1 .. |
Trek cp1 berani ride yang sekian lama tidak dikunjungi... last kita orang kayuh disitu, kalau tak silap pada bulan Ogos tahun lepas, idea ini dibuahkan oleh Tuan Hj Zin dalam blogs dan facebook. Memandangkan treck ne more tactical dalam pengendalian basikal maka sebulat suara dari rakan-rakan VECT bersetuju untuk kesana. Seramai 10 soldadu VECT yang dapat meluangkan masa untuk kayuh ke sana, ahli yang lain???? ada urusan keluarga kot....
Malam tu dah naik basikal atas kereta .. maklumlaaa nak test rak baru .. tak dapat TRULE dapat TULI pun cukuplaaa .. yang penting tak yah nak susah susah kan member cari lori .. dan sekarang aku dah boleh pegi mana mana tanpa perlukan jentera pengangkut yang biasanya lori rosli laa yang jadi mangsa.
Malam tu dah naik basikal atas kereta .. maklumlaaa nak test rak baru .. tak dapat TRULE dapat TULI pun cukuplaaa .. yang penting tak yah nak susah susah kan member cari lori .. dan sekarang aku dah boleh pegi mana mana tanpa perlukan jentera pengangkut yang biasanya lori rosli laa yang jadi mangsa.
beskalpalingmurah ... |
Dalam kul 8, aku cal daud .. katanya dah sampai Petronas Parit Raja .. aku suruh tunggu kat situ .. kejap aku sampai .. tengok dia ngan beskalmurah .. destinasi kali ini adalah Seri Medan.. check point 1.. on the way .. pakcik aku cal ... dalam hati .. pesal pulak pagi pagi dia cal ni ... dan akhirnya aku terpaksa membatalkan perjalanan ke Putra Indah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan .. last last aku suruh beskalmurah tolong drive keta aku .. aku balik naik basikal .. sementara ipan ngan iddin naik ngan beskalmurah .. menuju ke Putra Indah ..
before the accident ... |
Report aku sampai situ je ... lepas ni kalau nak sambung .. aku serahkan pada scoredeng ... yang aku tahu gambar memang tak de ... tapi petang ni aku tengok FB .. Masashi Shah .. ada pulak gambar kat sana .. tu yang aku terus buat draf ni ..
Tepat 8.30 pg kami mula dengan doa di ketua oleh Hj Zin dan terus mengayuh dari Taman Putra Indah, Tongkang Pechah mengharung 3.5km tarmac ke persimpangan Seri Medan.... "chiken takde masalah" kata dia orang la . Syok layan downhill, seorang turun yang lain ikut... agaknya dia orang ne pantang jumpa downhill kot... semua nak turun.... laaa... salah jalan pulak... panjat balik bukit... mesyuarat dalam kebun, cam kan jalan... almaklumlah lama tak ke sana... kelalen...
Tepat 8.30 pg kami mula dengan doa di ketua oleh Hj Zin dan terus mengayuh dari Taman Putra Indah, Tongkang Pechah mengharung 3.5km tarmac ke persimpangan Seri Medan.... "chiken takde masalah" kata dia orang la . Syok layan downhill, seorang turun yang lain ikut... agaknya dia orang ne pantang jumpa downhill kot... semua nak turun.... laaa... salah jalan pulak... panjat balik bukit... mesyuarat dalam kebun, cam kan jalan... almaklumlah lama tak ke sana... kelalen...
puncak seri wangi kot .. |
Kali ne ramai rider muda-muda yang ikut serta cuma 4 orang je yang dikatogerikan veteran (termasuk la aku...) jadi non stop kayuh ... Rantai putus... tu tandanya nak mintak rantai baru beskal Masashi... dapat la rest sekejap... pekena power stick... hehehehhehh Siap je baiki beskal Masashi... kayuhan diteruskan ke puncak Bukit Dara (kata orang tempatan) bukit yang paling tinggi sekali disitu... Geng Nyeruntul yang diketuai oleh Mr Yaman (juara 5 hinggit) dah hilang... tinggalkan kami yang veteran ne... setengah mati nolak beskal... tahu-tahu Yaman & the geng dah sampai puncak tunggu kami, rupa-rupanya dia orang ikut trek lain... tak achi betol la... Ketika menuruni bukit... geng nyeruntul menghilang lagi... power la kononnya...
beskal masashi buat hal lagi... (mintak beskal baru kot...) berhenti betulkan kejap... kali ne stem pulak longgar... "mungkin dia orang dah turun kot..." kata salah seorang members, kami ambil keputusan terus balik menuju ke Taman Putra Indah... Rupanya kami yang sampai dulu kat warong, pot selepas kayuh, la.. sesat rupanya... geng nyeruntul keluar semula di jalan mula-mula masuk tadi... tu la tak nak saing orang kan dah sesat. Sampai je... Yaman terus je cakap lutut Irfan koyak... jatuh... Abang si Irfan bole saja je cakap "biasa la... main beskal mesti jatuh punya". Walau bagaimana pun kami simpati kepada Irfan Arif (anak Hasni)... moga-moga cepat sembuh.
beskal masashi buat hal lagi... (mintak beskal baru kot...) berhenti betulkan kejap... kali ne stem pulak longgar... "mungkin dia orang dah turun kot..." kata salah seorang members, kami ambil keputusan terus balik menuju ke Taman Putra Indah... Rupanya kami yang sampai dulu kat warong, pot selepas kayuh, la.. sesat rupanya... geng nyeruntul keluar semula di jalan mula-mula masuk tadi... tu la tak nak saing orang kan dah sesat. Sampai je... Yaman terus je cakap lutut Irfan koyak... jatuh... Abang si Irfan bole saja je cakap "biasa la... main beskal mesti jatuh punya". Walau bagaimana pun kami simpati kepada Irfan Arif (anak Hasni)... moga-moga cepat sembuh.
perdana wit new rack ... |
Riders yang terlibat;
Hj Zin (Mr Otai), Cikgu Daud (The Bongkakman), Aku, Beskalmurah (Health troubles), Yaman (Mr 5 hinggit Champion & Presiden Nyeruntul),Semz Ju-On, Masashi, Iedin, Hafiy & Irfan.
report by ..
../.. scoredeng
Wednesday, January 12, 2011
BUKIT JINTAN OH BUKIT JINTAN
MODE : SESAT.. TAYAR BOCOR.. SEKADAR MENGUJI KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL
11 Januari 2010
Tak sampai pun seminggu kita orang pergi ke Bukit Jintan ... ada laa cadangan daripada member VECT untuk meneroka trek sebenar Bukit Jintan .. katanya yang dulu tu tak abis semuanya ... jadi sempena dengan cuti Hol .. kita orang pun pakat untuk kembali meneroka Bukit Jintan dengan kekuatan ahli seramai 16 orang. Alhamdulillah pagi tu cuaca amat menarik sekali .. kalau kayuhan sebelum ni hanya 10 orang je tapi kali ni ada pertambahan anggota baru daripada UTHM ..
Permulaan seperti biasa .. sessi melonggarkan otot dikendalikan oleh cikgu pendidikan jasmani ... aku sebenarnya pun tak kebah lagi daripada demam .. buat laa apa yang patut .. beli sarapan sikit untuk alas perut. Kayuhan seperti sebelum ini .. melalui Seri Mendapat dan Bukit Chiken yang memang tak de masalah bagi diorang yang memang dah power-power semuanya .. cuma kasian kat beskalmurah terpaksa jadi sweeper pada rider baru ...
Dulu masa laluan pertama kita orang masuk kanan .. ni kali kita orang masuk kiri menuju jalan offroad .. Ato yang mula-mula perasan tayar aku pancit ... padahal masa tu aku sendiri tak perasan yang tayar aku dah lembik ... terpaksa tukar tiub .. terima kasih laa pada beskalmurah kerana tolong tadahkan tiub .. kalau tak sure perjalanan aku sampai situ saja... terima kasih gak pada cikgu daud bongkak sebab tukarkan tuib tu .. aku nak buat sure terkial-kial ..
Perjalanan selepas tu yang huru hara sedikit .. banyak sangat cadangan .. ada yang suruh terus, ada yang suruh belok .. masuk kiri ... semuanya main ikut gerak hati .. nak harapkan dr iwan pun dah tak boleh sebab dia pun tak pernah lalu jalan itu .. naik bukit turun bukit, laluan pokok getah, kepala sawit, pokok jati semuanya kita orang lalu ... semuanya nak keluar cepat daripada kebun tu ... nasib baik ada mamat indon yang sedang potong buah .. tapi itu pun tak banyak membantu... dan akhirnya sampai gak tepi highway seperti yang kita idam-idamkan ... perut dah lapar ... highway dah nampak tapi laluan yang dipilih salah pulak ... jauh gak tersesat pegi balik adalah dalam 5 km .. masing-masing dah mengeluh .. tapi aku tahu semua tu sekadar nak menguji kekuatan mental peserta .. dan akhirnya kita sampai kat warong depan Seri Bulan tu ..
Perjalanan balik .. aku duduk last jadi sweeper .. biarlah beskalmurah ke depan .. aku follow Farid yang kakinya hampir krem .. sampai kat Parit Nipah ... sekali lagi aku punya tayar pancit .... pehhh dugaan betul .. cal wife suruh ambik naik moto .. aku tolak basikal dekat 1 km gak .. dan sampai rumah dalam kul 1.20 tengahari ..
report by ..
../.. gaint19
11 Januari 2010
barisan VECT menuju ke Bukit Jintan |
menuju ke distinasi yang sama .. (sesat ).. |
pandai ke cikgu PJ ni tuko tayar ... |
layan downhill ... |
mengeluh bila sampai sini .. tak tahu nak pegi mana |
report by ..
../.. gaint19
Sunday, January 9, 2011
KAYUHAN PRA ADELA FASA 1 (BUKIT JINTAN VS BUKIT GERIBA)
MODE : LALUAN TREK BARU MEMANG BES .. TAK BES .. MASIH DEMAM ..
8 Januari 2011
10.00 am - Lalu ke Bukit Jintan laluan tarmac .. jalan kampung tapi suasana baru bagi kita orang .. berbukit-bukit . lepas satu bukit .. panjat lagi bukit .. dengan pemandangan pokok getah kiri dan kanan jalan .. semua rider seronok melaluinya .. turun bukit top speed sampai 50 km lebih ... kan laju tu .. pukul 11 pagi kita orang dah sampai kat roti canai kambing .. rehat dan sembang .. lepas kena roti canai kita orang pergi pulak Bukit Geriba .. dah beberapa kali aku pegi situ .. tapi pada mereka yang tak pernah pergi .. ini laa masanya nak tunjuk sapa raja bukit .. turun Geriba .. basikal Semjoon pulak pancit .. dia orang ambil kesempatan untuk panjat geriba sekali lagi ..
8 Januari 2011
semua teruja ngan basikal carbon .. ringan giler |
7.00 am - Pagi tu gerimis pulak .. semuanya sejuk .. hati pulak macam berbelah bagi .. nak kayuh ke tak .. lagi pun demam tak baik lagi tapi kawan-kawan punya pasal ... aku turutkan jua ....nak kayuh tak kayuh... apa pun tunggu je laaa .. dalam hati kalau tak pegi pun ... jalan dekat dekat pun jadi laaa .. asal dapat keluar peluh ..
laluan masuk ke rumah dr iwan ... |
8.00 am - Ramai gak yang menyahut cabaran .. tak sangka gak .. ramai gak rider yang turun walaupun cuaca pagi tu agak mendung campur hujan renyai-renyai sikit .. tapi itu tak mematahkan semangat untuk meneruskan misi kali ini untuk ke trek baru Bukit Jintan... apa pun ksian kat Beskalmurah dia yang beria-ia ajak orang kayuh tapi dia tak dapat kayuh ( tunggu sihat dulu bro..)
Janji pukul 7.30 .. pukul 8.30 pun tak gerak gerak lagi ... tak pe laaa biar lambat asal selamat .. kayuhan mula seperti biasa .. bacaan doa daripada Haji Zin .. mudah-mudahan perjalanan kali ini dalam keadaaan yang selamat. Start je nak kayuh .. sit post Ijam buat hal .. lose pulak skrew nya .. terpaksa tunggu lagi setengah jam untuk Lim tukar skrew .. aduhh memang penat menunggu hari ni ...
pencapaian terbaik .. akhirnya mengaku kalah ... ojo kapok .. |
laluan mendatar ... semua boleh test speed kat sini |
9.00 am - Bermula daripada Parit Raja .. ke Seri Mendapat .. jalan tarmac memang tak de hal .. semuanya laju belaka .. tapi aku ksian laa kat rider baru .. Ijam Taman Impian ... aku tolong bagi semangat kat dia .. ksian aku tengok dia .. nak suruh follow belakang aku pun tak larat .. aku faham first time kayuh memang seksa . padahal kalau setakat Seri Mendapat tu chiken je dia orang cakap .. tapi Ijam aku tengok dah gelap dah muka .. (sebab muka dia dah sedia gelap kot) .. sampai jalan besar nak masuk Seri Bulan Ijam dah surrender .. tak pe laa ko tunggu sini nanti aku kita orang patah balik ko tunggu je kat roti canai kambing.
bro kamson senyum je .. caya laa |
puncak geriba yang ditawan .. |
12.00 pm - Turun kali kedua Geriba ..kayuhan balik diteruskan ke Kampung Jawa .. kat sini bes. terutama pemandangan sawah padi .. tak sangka aku .. kat air hitam pun dah macam kat kedah pulak .. budak budak kampung pun ramai yang follow naik moto ngan basikal .. jadi meriah semuanya .. sebenarnya kita orang yang teruja tengok sawah padi yang tak lama lagi bakal dituai...
1.00 pm - Sampai semula kat Parit Raja.. dengan kayuhan akhir daripada Air Hitam ke Parit Raja melalui jalan besar .. mula-mula set jangan lebih 25 . tapi bila dah kat jalan ... semua lupa nak set meter .. mamed tarik je dah 30 .. yang lain terpaksa gak follow .. akhirnya sampai dengan selamat .. alhamdulillah .
Terima kasih pada semua rider ... haji zin, daud, kasim and son, samjuon, ijam taman impian (jangan serik) .. idin, mamet (bro karbon), yaman, ijam roti canai, bro kamson, rosli ....
report by :
../.. gaint19
sawah padi ... caya tak caya laa ... |
puncak geriba dari sudut yang lain .... |
di tepi sawah ... macam kat kedah pulak aku rasa ... |
report by :
../.. gaint19
Subscribe to:
Posts (Atom)